Kejadian ini berlaku sekitar
tahun 2003.Ketika itu aku baru sahaja ku
mendapat keputusan SPM.Dengan keputusan yang tidak seberapa cemerlang,aku ke
Sarawak untuk meyambung pengajianku di sana.Aku telah ditemani oleh ibu dan
makcik ku sewaktu sesi pendaftaran.Kali pertama berjauhan dengan keluarga
sememangnya susah.Aku mengambil jurusan komunikasi media dan terpaksa tinggal
asrama bagi pelajar baru.Sepanjang pengajian aku di kolej itu terdapat beberapa
perkara yang boleh meremangkan bulu roma.
Setiap bilik terdiri daripada 2
orang bagi bilik yang berkoridor luar dan 3 orang bagi bilik yang tidak
mempunyai koridor luar.Aku ditempatkan di bilik yang berkoridor luar.Roommates
aku merupakan orang berasal dari Sarikei.Bilikku berada di tingkat 5 di blok P.
Manakala BFF aku yang lain di Blok R di tingkat 6.Setiap blok terdiri daripada
bangunan 6 tingkat.Setiap 2 blok mempunyai sebuah lif d bahagian tengah blok
yang dihubungkan dengan koridor dan tangga luar.Di bahagian dalam bangunan
setiap blok juga terdapat tangga bagi tangga
bahagian dalam blok.
Kejadian ini pengalaman aku
sendiri.Waktu tu cuti semester.Seminggu jak malas nak balik Sabah so aku pun
stay kat hostel jer.Roommates aku balik sebab dia orang Sarikei.So terpaksa lha
bersendirian aku for 1 week.Untuk hari pertama ,kedua dan ketiga aku stay kat
room BFF aku kat blok R but untuk hari ke 4 aku stay bilik sebab lif blok R
rosak,malas nak naik tangga naik 6th floor.
Time tengahari aku ng BFF aku
seramai 6 orang lepak kat koridor bilik aku lagipun bilik aku jak yang ada
koridor.Pas lepak kami p padang tengok main bola.Aku sampai bilik aku dalam jam
7pm lebih lha.. pas tu g mandi then
turun g dinner.BFF aku tanya berani ker tido seorang.. aku ok jer aku cakap
agpun kat tingkat atas room aku pun BFF jgk but lain course jer dorang budak IT
beside room dorng sesak 3 orang.After dinner around 10.30pm aku naik room.. dha
penat aq trus tutup lampu landing katil.Lupa nak bagi masuk kerusi di koridar pas
lepak tengahari tadi.
Dha nak hamper lebih kurang 1
atau 2 jam aku tido aku dengar bunyi orang berkejaran kat tingkat atas.Aku sms
member kat atas but no reply.. aku abaikan sebab penat berat sangat mata nak
tido. Suddenly aku dengar bunyi orang berjalan pula kat koridor aku. tyme tu
dha mulai dha meremang bulu roma aku ..
aku abaikan saja sebab ngantuk sangat.
Tiba-tiba ngan kuatnya kerusi di
koridor di tarik seperti dalam keadaan marah.Kerusi tu kerusi kayu so dengar
sangat bunyi kerusi tu kena tarik.Tyme tu tuhan jer tau betapa takutnya
aku.nasib bek suis lampu kat kepala aku jer..aku trus hidupkan lampu .Hidup jer
lampu xder dha bunyi kerusi kena tarik tu.Aku beranikan diri buka pintu tengok
kat koridor nak katakan orang kenakan aku.. hurm… biar betul.. aku di tingkat
5.Bila buka dha pintu xder apa-apa kat luar just kerusi kayu tu jer.. Aku beranikan
diri tarik masuk kerusi tu pas tu kunci pintu g koridor tu…
Then after aku masukkan kerusi
kat dalam bilik aku tak tutup lampu balik.Aku tido jer ng lampu terpasang
sampilah ke pagi.. so far xder dha kacau after tu… but malam-malam seterusnya
aku bawa BFF aku tido kat bilik .Aku tak bagitau pun kat dorang pengalaman aku
tu…
*Orang tua tua cakap semakin kita
takut semakin “benda” tu suka kat kita…. Hurm….
No comments:
Post a Comment