Friday, 27 April 2012

Bunuh Diri Dalam Loker


Setiap asrama yang kita tau mesti ada cerita yang kurang best bagi yang pertama kali tinggal kat asrama.Sekolah Menengah Kebangsaan M ni merupakan sekolah yang agak popular jugak kat Bandar Kota Kinabalu ni disebabkan namanya yang unik dan kisah cerita asramanya yang agak banyak jgk versinya. Sekolah Menengah Kebangsaan M telah dibina pada tahun 1967 dan terdapat pelbagai versi cerita tentang hantu asramanya.

Kisah I ( Bunuh Diri di Dalam Loker)

Asrama  Sekolah Menengah Kebangsaan M  terdapat 2 blok bangunan setiap blok mempunyai 2 tingkat bagi asrama perempuan.Manakala bagi asrama lelaki pula terdapat 3 blok bangunan yang setiap blok mempunyai 2 tingkat juga.Asrama Lelaki dan perempuan dipisahkan dengan dewan sekolah yang jugak sebagai dewan makan asrama.Setiap tingkat mempunyai 7 dorm dan setiap dorm pula di diami seramai lapan orang.

 Kisah ini amat popular di kalangan pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan M  tidak kira bagi yang tinggal asrama ataupun tidak. Mengikut cerita senior2 dahulu cerita ni sudah lama berlaku….kejadian ini berlaku pada hari sebelum cuti penggal akhir persekolahan.Laila(bukan nama sebenar) telah menyuruh roommate nya Mimi ( bukan nama sebenar ) untuk  mengunci lokernya sebelum dia pulang untuk cuti penggal akhir yang panjang.Mimi bertanya mengapa dia yang harus mengunci loker Laila sedangkan mereka akan balik bersama untuk cuti penggal akhir yang panjang.Laila memberitahu Mimi nya bahawa dia akan balik terus ke rumah dan tidak akan ke asrama sesudah selesai waktu pembelajaran  pada hari itu,oleh itu dia meminta Mimi untuk mengunci lokernya..Tanpa keraguan Mimi bersetuju untuk  mengunci loker Laila sebelum dia pulang untuk cuti penggal akhir itu.Selesai waktu pembelajaran hari terakhir penggal sebelum cuti penggal akhir yang panjang Mimi telah mengunci loker Laila seperti apa yang Laila minta.

Seminggu sudah cuti penggal akhir berlalu.Ibu bapa Laila mencari Laila yang tidak pulang ke rumah.Mereka cuba mencari Laila di rumah rakan-rakan Laila yang belajar bersamanya.Rakan Laila memberitahu bahawa Mimi merupakan roommates kepada Laila.Mereka mencari Mimi untuk bertanyakan tentang Laila yang tidak pulang setelah seminggu bermulanya cuti penggal akhir.Mimi memberitahu keluarga Laila bahawa Laila telah pulang terlebih dahulu darinya sewaktu hari terakhir sesi persekolahan dan Laila juga telah mengarahkannya untuk mengunci loker di asrama kerana dia akan balik terus sesudah tamat waktu pembelajaran pada ketika itu.Ketika itu pelbagai persoalan timbul .Di manakah Laila berada.?

Akhirya keluarga Laila dan disertai Mimi mencari Laila di asrama sekolah kerana asrama sekolah adalah tempat dimana kali terakhir Laila dilihat.Warden asrama ketika itu terkejut mendengar bahawa Laila tidak pulang ke rumah semenjak seminggu tamat sesi pembelajaran.Mereka ke dorm Laila yang berada di tingkat 2 blok 1 bersebelahan dengan dewan makan asrama.Dorm Laila berada bertentangan dengan tangga blok tersebut.Ketika menaiki ke dorm Laila,mereka menghidu bau yang amat busuk sekali.Dengan pelbagai persoalan mereka  dengan pantas menuju ke dorm tersebut.Warden asrama bertanya kepada Mimi yang mana satu loker kepunyaan Laila.

Mimi menunjukkan dan memberi kunci loker Laila kepada warden asrama kerana Laila telah memberikan kunci loker kepadanya pada hari terakhir sesi persekolahan.Mereka terkejut melihat mayat Laila yang berlumuran darah berserta bau yang amat meloyakan.Laila telah membunuh diri di dalam lokernya dengan mengerat perut,dan kedua-dua belah tangannya.Laila membunuh diri kerana hamil dan bimbang teman lelakinya tidak mahu bertanggung jawab dengan kehamilannya.Laila juga bimbang jika kehamilannya diketahui oleh keluarganya.Oleh itu dia membunuh diri di dalam loker asrama pada hari terakhir sesi persekolahan.

Mengikut cerita ,Laila telah dimandikan ,dikapankan dan disembayangkan di asrama sekolah M.Semenjak kejadian itu,dorm yang pernah di duduki Laila tidak pernah digunakan lagi.Tingkat 2 Blok 1 asrama sekolah M hanya akan didiami jika semua dorm dipenuhi pelajar dan tiada dorm yang kosong kecuali dorm Laila yang berada pertama dari tangga sebelum dorm-dorm yang lain. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...