Sebelum nie saya dha cerita
tentang Laila(bukan nama sebenar) telah membunuh diri di dalam loker dormnya di
Sekolah Menengah M.Cerita ini merupakan salah satu cerita yang aga popular juga
di kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan M.Kisahnya kali ini adalah kisah tentang Fuad (bukan nama sebenar).
Fuad merupakan pelajar tingkatan
4 di Sekolah Menengah Kebangsaan M.Dia
mengambil keputusan untuk tinggal di asrama walaupun jarak rumah dan sekolahnya
hanyalah 5km.Dia seorang yang aktif dalam sukan dan kerana itu lha dia
mempunyai ramai peminat di kalangan pelajar perempuan. Namun Fuad telah mempunyai
teman istimewah iaitu Laila ( bukan nama sebenar).
Seminggu sebelum berakhirnya sesi
persekolahan,Laila sering mengelak daripada berjumpa dengannya.Fuad sendiri
kurang pasti dengan perubahan sikap Laila.Laila lebih sering bersama dengan temannya
yang kurang Fuad kenali.Tidak seperti selalu,Laila sering bersama Mimi.
Fuad bertanyakan kepada Mimi
tentang perubahan sikap Laila yang seperti mengelak daripadanya,namun Mimi
sendiri kurang pasti kerana Laila turut bersikap sedemikian terhadapnya.Fuad
meminta Mimi untuk bertanyakan hal yang sebenar terhadap Laila tentang
perubahan sikapnya itu terhadap mereka.Pada petang itu,ketika waktu belajar di
bilik belajar asrama Mimi telah bertanya kepada Laila tentang Fuad.Laila tiba-tiba
menangis.Mimi terkejut melihat keadaan Laila ketika itu.Mimi cuba menenangkan
Laila.
Setelah Laila tenang Laila
berkata kepada Mimi bahawa dia takut.Namun Laila tidak menyatakan apa yang dia
takutkan.Laila Cuma berkata berulang kali bahawa dia takut.Keesokan harinya,Laila
berubah sikap.Laila bersikap seperti tiada yang berlaku.Seolah-olah dia tidak
mempunyai masalah malah kelihatan sungguh ceria ketika itu.Fuad amat kehairanan
melihat sikap Laila yang lebih ceria daripada biasa.Pada waktu rehat,Fuad telah
berjumpa dengan Laila untuk bertanyakan kepada Laila tentang perubahan sikapnya
itu.Laila Cuma berkata “Jangan risau aku tiada apa-apa dan berkata akan menunggu
Fuad di asrama selepas tamat cuti penggal akhir selama sebulan itu” dan berlalu
pergi begitu saja.
Pada hari terakhir sesi
persekolahan,Fuad tidak sempat berjumpa dengan Laila kerana sibuk dengan jamuan
akhir tahun bagi kelasnya.Sesudah berakhir sesi persekolahan Fuad segera
mencari Laila namun tidak kelihatan kelibat Laila.fuad bertanyakan mengenai
Laila kepada Mimi yang ketika itu sedang keluar daripada asrama perempuan.Mimi
Memberi tahu fuad bahawa Laila telah balik ke rumah selesai sahaja sesi
persekolah dan tidak ke asrama lagi kerana Laila telah mengemas barang-barang
yang perlu di bawa pulang.Dengan hati yang kecewa,Fuad bercuti tanpa sempat
mengucapkan selamat tinggal buat buah hatinya Laila.
Sebulan telah berlalu,sesi
penggal baru di tahun baru telah bermula.Fuad memasuki asrama sehari sebelum
sesi persekolahan bermula.Pada malam itu,mereka telah diberi sedikit ceramah
terutamanya terhadap pelajar-pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftar dan
tinggal di asrama.Sepanjang sesi ceramah,Fuad tercari-cari kelibat Laila,namun
tidak kelihatan begitu juga Mimi.Dia berasa hairan kerana Laila telah berjanji
akan menemuinya ketika sesi persekolahan bermula.Hatinya mula bimbang risau berlaku
apa-apa terhadap Laila.Mungkin kha Laila telah berpindah sekolah ataupun
mungkin kha Laila sudah tidak tinggal di asrama lagi.Fuad dikejutkan dari
lamunannya apabila semua pelajar tingkatan 1 diarahkan menyanyi lagu Negaraku.
Cikgu Ismail(bukan nama
sebenar)selaku warden asrama lelaki telah berdiri di hadapan semua penghuni
asrama Sekolah Menengah Kebangsaan M.Cikgu
Ismail berkata “Pelajar sekalian,cikgu di sini ingin memaklumkan bahawa asrama
perempuan blok 1 tingkat 2 tidak akan digunakan untuk beberapa ketika ini atas
sebab-sebab yang tidak boleh di elakkan.” Keadaan dewan riuh seketika.Cikgu
Ismail cuba menengangkan suasana.Semua pelajar tertanya-tanya mengapa.Namun
tiada yang dapat meneka sebabnya.
Setelah selesai ceramah untuk
pelajar tingkatan 1,semua pelajar diarahkan untuk kembali ke dorm masing-masing.Di
dorm ,Fuad yang masih dalam keadaan tidak tentu arah kerana tidak melihat buah
hatinya Laila disergah oleh Fikri(bukan nama sebenar). “wei Is kau tau ker
kenapa blok 1 tingkat 2 asrama perempuan tu di tutup?” Tanya nya kepada Fuad.Fuad
yang acuh tidah acuh hanya mengeleng kepala. “Hurm kau nak tau kenapa?”
tanyanya lagi.Fuad yang pada mulanya baring duduk menghadap Fikri. “hah kenapa?”katanya.
Dengan melihat kiri kanan Fikri berkata kepada Fuad “ Aku bagitau kau tapi kau
jangan bagitau orang aku yang bagitau kau ok”kata Fikri.Fuad yang masih dalam
keadaan tidak bersemangat hanya menganguk. “Kau tau kan bapa aku kerja jaga
sekolah ini.”Fikri memulakan cerita.Dia membetulkan lagi kedudukannya di sisi
katil Fuad. “Waktu cuti sekolah penggal ,ada pelajar perempuan bunuh diri di
dorm tingkat 2 blok 1 tu ayah aku cakap”cerita Fikri.Fuad membulatkan matanya. “Apa!!”jerit
Fuad.”syyyyttt”Fikri menyuruh Fuad merendahkan suaranya.
“Pelajar perempuan yang bunuh
diri itu namanya Laila.Dia kelar perut,dan kedua dua belah tangannya.Dia
dijumpai di loker dormnya seminggu selepas bermulanya cuti sekolah.”cerita
Fikri lebih lanjut.Ketika itu wajah fuad pucat menerima berita kematian buah
hatinya yang telah membunuh diri. Dengan nada yang berketar-ketar dia bertanya
kepada Fikri kenapa Laila membunuh diri. Fikri berkata “ Ayah aku cakap dia
mengandung tapi tidak tahu siapa bapa kepada anak yang di kandungnya kerana
ketika mayatnya di temui Mimi teman rapatnya juga tidak tahu yang Laila mengandung.Mereka
menjumpai diari Laila yang menyatakan dia takut buah hatinya enggan menerima
kehamilannya dan dengan itu dia membunuh diri.Namun tidak dinyatakan siapa buah
hatinya itu.”cerita Fikri lebih lanjut.
KRRRRRRiiiinggggg……Locrng isyarat
menutup lampu telah dibunyikan.Fikri sempat berbisik kepada Fuad agar tidak
mencerita kejadian tersebut kepada orang lain. Fuad baring di tilamnya..dia sungguh
terkejut dengan berita yang disampaikan Fikri terhadapnya sebentar tadi.Dia mula
rasa bersalah dengan sikapnya terhadap Laila.Dia langsung tidak tahu tentang
kehamilan Laila.Dia menyesal kerana keterlanjuran mereka sehingga Laila
membunuh diri.
Fuad bangkit dari katilnya .Dalam
samar-samar cahaya lampu koridor Fuad tekun menulis sesuatu di sehelai kertas
.Setelah selesai Fuad keluar ke koridor dan menuju ke tingkat 2 bangunan asrama
lelaki itu dan terjun ke bawah.Warden yang ketika itu balik dari meronda
terkejut dengan menjumpai tubuh Fuad yang berlumuran darah d lantai hadapan bilik
sakit asrama lelaki.Warden dan beberapa pengawas asrama dengan segera meghantar
Fuad ke hospital namun fuad telah menghembuskan nafas terakhirnya sebelum
sampai ke hospital.Roommates Fuad yang menjumpai nota terakhir Fuad memberikan
nota itu kepada warden.Nota terakhir dari Fuad :-
Saya amat rasa
bersalah dengan kematian Laila,
yang telah membunuh diri di asrama perempuan.
Laila hamil disebabkan
keterlanjuran kami.
Saya ingin meminta
maaf dengan semua.
Selamat tinggal
Kematian fuad telah merungkai
misteri kematian Laila.Bapa kepada anak yang dikandung Laila adalah milik Fuad.Oleh
yang demikian setelah kematian Fuad,ramai penghuni asrama perempuan sering
melihat kelibat Fuad menggoncang pagar asrama perempuan bersebelahan dengan
dewan mencari Laila.Sehingga kini ramai penghuni asrama tidak berani tinggal di
asrama sekiranya minggu dibenarkan pulang .
No comments:
Post a Comment