Saturday, 28 April 2012

Siapa Di Luar?


Kejadian ini berlaku sekitar tahun 2003.Ketika itu aku baru sahaja  ku mendapat keputusan SPM.Dengan keputusan yang tidak seberapa cemerlang,aku ke Sarawak untuk meyambung pengajianku di sana.Aku telah ditemani oleh ibu dan makcik ku sewaktu sesi pendaftaran.Kali pertama berjauhan dengan keluarga sememangnya susah.Aku mengambil jurusan komunikasi media dan terpaksa tinggal asrama bagi pelajar baru.Sepanjang pengajian aku di kolej itu terdapat beberapa perkara yang boleh meremangkan bulu roma.

Setiap bilik terdiri daripada 2 orang bagi bilik yang berkoridor luar dan 3 orang bagi bilik yang tidak mempunyai koridor luar.Aku ditempatkan di bilik yang berkoridor luar.Roommates aku merupakan orang berasal dari Sarikei.Bilikku berada di tingkat 5 di blok P. Manakala BFF aku yang lain di Blok R di tingkat 6.Setiap blok terdiri daripada bangunan 6 tingkat.Setiap 2 blok mempunyai sebuah lif d bahagian tengah blok yang dihubungkan dengan koridor dan tangga luar.Di bahagian dalam bangunan setiap blok  juga terdapat tangga bagi tangga bahagian dalam blok.

Kejadian ini pengalaman aku sendiri.Waktu tu cuti semester.Seminggu jak malas nak balik Sabah so aku pun stay kat hostel jer.Roommates aku balik sebab dia orang Sarikei.So terpaksa lha bersendirian aku for 1 week.Untuk hari pertama ,kedua dan ketiga aku stay kat room BFF aku kat blok R but untuk hari ke 4 aku stay bilik sebab lif blok R rosak,malas nak naik tangga naik 6th floor.

Time tengahari aku ng BFF aku seramai 6 orang lepak kat koridor bilik aku lagipun bilik aku jak yang ada koridor.Pas lepak kami p padang tengok main bola.Aku sampai bilik aku dalam jam 7pm lebih  lha.. pas tu g mandi then turun g dinner.BFF aku tanya berani ker tido seorang.. aku ok jer aku cakap agpun kat tingkat atas room aku pun BFF jgk but lain course jer dorang budak IT beside room dorng sesak 3 orang.After dinner around 10.30pm aku naik room.. dha penat aq trus tutup lampu landing katil.Lupa nak bagi masuk kerusi di koridar pas lepak tengahari tadi.

Dha nak hamper lebih kurang 1 atau 2 jam aku tido aku dengar bunyi orang berkejaran kat tingkat atas.Aku sms member kat atas but no reply.. aku abaikan sebab penat berat sangat mata nak tido. Suddenly aku dengar bunyi orang berjalan pula kat koridor aku. tyme tu dha mulai dha  meremang bulu roma aku .. aku abaikan saja sebab ngantuk sangat.

Tiba-tiba ngan kuatnya kerusi di koridor di tarik seperti dalam keadaan marah.Kerusi tu kerusi kayu so dengar sangat bunyi kerusi tu kena tarik.Tyme tu tuhan jer tau betapa takutnya aku.nasib bek suis lampu kat kepala aku jer..aku trus hidupkan lampu .Hidup jer lampu xder dha bunyi kerusi kena tarik tu.Aku beranikan diri buka pintu tengok kat koridor nak katakan orang kenakan aku.. hurm… biar betul.. aku di tingkat 5.Bila buka dha pintu xder apa-apa kat luar just kerusi kayu tu jer.. Aku beranikan diri tarik masuk kerusi tu pas tu kunci pintu g koridor tu…

Then after aku masukkan kerusi kat dalam bilik aku tak tutup lampu balik.Aku tido jer ng lampu terpasang sampilah ke pagi.. so far xder dha kacau after tu… but malam-malam seterusnya aku bawa BFF aku tido kat bilik .Aku tak bagitau pun kat dorang pengalaman aku tu…

*Orang tua tua cakap semakin kita takut semakin “benda” tu suka kat kita…. Hurm….

Cinta Sejati



Sebelum nie saya dha cerita tentang Laila(bukan nama sebenar) telah membunuh diri di dalam loker dormnya di Sekolah Menengah M.Cerita ini merupakan salah satu cerita yang aga popular juga di kalangan pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan M.Kisahnya kali ini adalah kisah tentang Fuad (bukan nama sebenar).

Fuad merupakan pelajar tingkatan 4 di  Sekolah Menengah Kebangsaan M.Dia mengambil keputusan untuk tinggal di asrama walaupun jarak rumah dan sekolahnya hanyalah 5km.Dia seorang yang aktif dalam sukan dan kerana itu lha dia mempunyai ramai peminat di kalangan pelajar perempuan. Namun Fuad telah mempunyai teman istimewah iaitu Laila ( bukan nama sebenar).

Seminggu sebelum berakhirnya sesi persekolahan,Laila sering mengelak daripada berjumpa dengannya.Fuad sendiri kurang pasti dengan perubahan sikap Laila.Laila lebih sering bersama dengan temannya yang kurang Fuad kenali.Tidak seperti selalu,Laila sering bersama Mimi.

Fuad bertanyakan kepada Mimi tentang perubahan sikap Laila yang seperti mengelak daripadanya,namun Mimi sendiri kurang pasti kerana Laila turut bersikap sedemikian terhadapnya.Fuad meminta Mimi untuk bertanyakan hal yang sebenar terhadap Laila tentang perubahan sikapnya itu terhadap mereka.Pada petang itu,ketika waktu belajar di bilik belajar asrama Mimi telah bertanya kepada Laila tentang Fuad.Laila tiba-tiba menangis.Mimi terkejut melihat keadaan Laila ketika itu.Mimi cuba menenangkan Laila.

Setelah Laila tenang Laila berkata kepada Mimi bahawa dia takut.Namun Laila tidak menyatakan apa yang dia takutkan.Laila Cuma berkata berulang kali bahawa dia takut.Keesokan harinya,Laila berubah sikap.Laila bersikap seperti tiada yang berlaku.Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah malah kelihatan sungguh ceria ketika itu.Fuad amat kehairanan melihat sikap Laila yang lebih ceria daripada biasa.Pada waktu rehat,Fuad telah berjumpa dengan Laila untuk bertanyakan kepada Laila tentang perubahan sikapnya itu.Laila Cuma berkata “Jangan risau aku tiada apa-apa dan berkata akan menunggu Fuad di asrama selepas tamat cuti penggal akhir selama sebulan itu” dan berlalu pergi begitu saja.
Pada hari terakhir sesi persekolahan,Fuad tidak sempat berjumpa dengan Laila kerana sibuk dengan jamuan akhir tahun bagi kelasnya.Sesudah berakhir sesi persekolahan Fuad segera mencari Laila namun tidak kelihatan kelibat Laila.fuad bertanyakan mengenai Laila kepada Mimi yang ketika itu sedang keluar daripada asrama perempuan.Mimi Memberi tahu fuad bahawa Laila telah balik ke rumah selesai sahaja sesi persekolah dan tidak ke asrama lagi kerana Laila telah mengemas barang-barang yang perlu di bawa pulang.Dengan hati yang kecewa,Fuad bercuti tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal buat buah hatinya Laila.

Sebulan telah berlalu,sesi penggal baru di tahun baru telah bermula.Fuad memasuki asrama sehari sebelum sesi persekolahan bermula.Pada malam itu,mereka telah diberi sedikit ceramah terutamanya terhadap pelajar-pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftar dan tinggal di asrama.Sepanjang sesi ceramah,Fuad tercari-cari kelibat Laila,namun tidak kelihatan begitu juga Mimi.Dia berasa hairan kerana Laila telah berjanji akan menemuinya ketika sesi persekolahan bermula.Hatinya mula bimbang risau berlaku apa-apa terhadap Laila.Mungkin kha Laila telah berpindah sekolah ataupun mungkin kha Laila sudah tidak tinggal di asrama lagi.Fuad dikejutkan dari lamunannya apabila semua pelajar tingkatan 1 diarahkan menyanyi lagu Negaraku.

Cikgu Ismail(bukan nama sebenar)selaku warden asrama lelaki telah berdiri di hadapan semua penghuni asrama  Sekolah Menengah Kebangsaan M.Cikgu Ismail berkata “Pelajar sekalian,cikgu di sini ingin memaklumkan bahawa asrama perempuan blok 1 tingkat 2 tidak akan digunakan untuk beberapa ketika ini atas sebab-sebab yang tidak boleh di elakkan.” Keadaan dewan riuh seketika.Cikgu Ismail cuba menengangkan suasana.Semua pelajar tertanya-tanya mengapa.Namun tiada yang dapat meneka sebabnya.

Setelah selesai ceramah untuk pelajar tingkatan 1,semua pelajar diarahkan untuk kembali ke dorm masing-masing.Di dorm ,Fuad yang masih dalam keadaan tidak tentu arah kerana tidak melihat buah hatinya Laila disergah oleh Fikri(bukan nama sebenar). “wei Is kau tau ker kenapa blok 1 tingkat 2 asrama perempuan tu di tutup?” Tanya nya kepada Fuad.Fuad yang acuh tidah acuh hanya mengeleng kepala. “Hurm kau nak tau kenapa?” tanyanya lagi.Fuad yang pada mulanya baring duduk menghadap Fikri. “hah kenapa?”katanya. Dengan melihat kiri kanan Fikri berkata kepada Fuad “ Aku bagitau kau tapi kau jangan bagitau orang aku yang bagitau kau ok”kata Fikri.Fuad yang masih dalam keadaan tidak bersemangat hanya menganguk. “Kau tau kan bapa aku kerja jaga sekolah ini.”Fikri memulakan cerita.Dia membetulkan lagi kedudukannya di sisi katil Fuad. “Waktu cuti sekolah penggal ,ada pelajar perempuan bunuh diri di dorm tingkat 2 blok 1 tu ayah aku cakap”cerita Fikri.Fuad membulatkan matanya. “Apa!!”jerit Fuad.”syyyyttt”Fikri menyuruh Fuad merendahkan suaranya.

“Pelajar perempuan yang bunuh diri itu namanya Laila.Dia kelar perut,dan kedua dua belah tangannya.Dia dijumpai di loker dormnya seminggu selepas bermulanya cuti sekolah.”cerita Fikri lebih lanjut.Ketika itu wajah fuad pucat menerima berita kematian buah hatinya yang telah membunuh diri. Dengan nada yang berketar-ketar dia bertanya kepada Fikri kenapa Laila membunuh diri. Fikri berkata “ Ayah aku cakap dia mengandung tapi tidak tahu siapa bapa kepada anak yang di kandungnya kerana ketika mayatnya di temui Mimi teman rapatnya juga tidak tahu yang Laila mengandung.Mereka menjumpai diari Laila yang menyatakan dia takut buah hatinya enggan menerima kehamilannya dan dengan itu dia membunuh diri.Namun tidak dinyatakan siapa buah hatinya itu.”cerita Fikri lebih lanjut.
KRRRRRRiiiinggggg……Locrng isyarat menutup lampu telah dibunyikan.Fikri sempat berbisik kepada Fuad agar tidak mencerita kejadian tersebut kepada orang lain. Fuad baring di tilamnya..dia sungguh terkejut dengan berita yang disampaikan Fikri terhadapnya sebentar tadi.Dia mula rasa bersalah dengan sikapnya terhadap Laila.Dia langsung tidak tahu tentang kehamilan Laila.Dia menyesal kerana keterlanjuran mereka sehingga Laila membunuh diri.

Fuad bangkit dari katilnya .Dalam samar-samar cahaya lampu koridor Fuad tekun menulis sesuatu di sehelai kertas .Setelah selesai Fuad keluar ke koridor dan menuju ke tingkat 2 bangunan asrama lelaki itu dan terjun ke bawah.Warden yang ketika itu balik dari meronda terkejut dengan menjumpai tubuh Fuad yang berlumuran darah d lantai hadapan bilik sakit asrama lelaki.Warden dan beberapa pengawas asrama dengan segera meghantar Fuad ke hospital namun fuad telah menghembuskan nafas terakhirnya sebelum sampai ke hospital.Roommates Fuad yang menjumpai nota terakhir Fuad memberikan nota itu kepada warden.Nota terakhir dari Fuad :-

Saya amat rasa bersalah dengan kematian Laila,
 yang telah membunuh diri di asrama perempuan.
Laila hamil disebabkan keterlanjuran kami.
Saya ingin meminta maaf dengan semua.
Selamat tinggal

Kematian fuad telah merungkai misteri kematian Laila.Bapa kepada anak yang dikandung Laila adalah milik Fuad.Oleh yang demikian setelah kematian Fuad,ramai penghuni asrama perempuan sering melihat kelibat Fuad menggoncang pagar asrama perempuan bersebelahan dengan dewan mencari Laila.Sehingga kini ramai penghuni asrama tidak berani tinggal di asrama sekiranya minggu dibenarkan pulang .

Friday, 27 April 2012

Bunuh Diri Dalam Loker


Setiap asrama yang kita tau mesti ada cerita yang kurang best bagi yang pertama kali tinggal kat asrama.Sekolah Menengah Kebangsaan M ni merupakan sekolah yang agak popular jugak kat Bandar Kota Kinabalu ni disebabkan namanya yang unik dan kisah cerita asramanya yang agak banyak jgk versinya. Sekolah Menengah Kebangsaan M telah dibina pada tahun 1967 dan terdapat pelbagai versi cerita tentang hantu asramanya.

Kisah I ( Bunuh Diri di Dalam Loker)

Asrama  Sekolah Menengah Kebangsaan M  terdapat 2 blok bangunan setiap blok mempunyai 2 tingkat bagi asrama perempuan.Manakala bagi asrama lelaki pula terdapat 3 blok bangunan yang setiap blok mempunyai 2 tingkat juga.Asrama Lelaki dan perempuan dipisahkan dengan dewan sekolah yang jugak sebagai dewan makan asrama.Setiap tingkat mempunyai 7 dorm dan setiap dorm pula di diami seramai lapan orang.

 Kisah ini amat popular di kalangan pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan M  tidak kira bagi yang tinggal asrama ataupun tidak. Mengikut cerita senior2 dahulu cerita ni sudah lama berlaku….kejadian ini berlaku pada hari sebelum cuti penggal akhir persekolahan.Laila(bukan nama sebenar) telah menyuruh roommate nya Mimi ( bukan nama sebenar ) untuk  mengunci lokernya sebelum dia pulang untuk cuti penggal akhir yang panjang.Mimi bertanya mengapa dia yang harus mengunci loker Laila sedangkan mereka akan balik bersama untuk cuti penggal akhir yang panjang.Laila memberitahu Mimi nya bahawa dia akan balik terus ke rumah dan tidak akan ke asrama sesudah selesai waktu pembelajaran  pada hari itu,oleh itu dia meminta Mimi untuk mengunci lokernya..Tanpa keraguan Mimi bersetuju untuk  mengunci loker Laila sebelum dia pulang untuk cuti penggal akhir itu.Selesai waktu pembelajaran hari terakhir penggal sebelum cuti penggal akhir yang panjang Mimi telah mengunci loker Laila seperti apa yang Laila minta.

Seminggu sudah cuti penggal akhir berlalu.Ibu bapa Laila mencari Laila yang tidak pulang ke rumah.Mereka cuba mencari Laila di rumah rakan-rakan Laila yang belajar bersamanya.Rakan Laila memberitahu bahawa Mimi merupakan roommates kepada Laila.Mereka mencari Mimi untuk bertanyakan tentang Laila yang tidak pulang setelah seminggu bermulanya cuti penggal akhir.Mimi memberitahu keluarga Laila bahawa Laila telah pulang terlebih dahulu darinya sewaktu hari terakhir sesi persekolahan dan Laila juga telah mengarahkannya untuk mengunci loker di asrama kerana dia akan balik terus sesudah tamat waktu pembelajaran pada ketika itu.Ketika itu pelbagai persoalan timbul .Di manakah Laila berada.?

Akhirya keluarga Laila dan disertai Mimi mencari Laila di asrama sekolah kerana asrama sekolah adalah tempat dimana kali terakhir Laila dilihat.Warden asrama ketika itu terkejut mendengar bahawa Laila tidak pulang ke rumah semenjak seminggu tamat sesi pembelajaran.Mereka ke dorm Laila yang berada di tingkat 2 blok 1 bersebelahan dengan dewan makan asrama.Dorm Laila berada bertentangan dengan tangga blok tersebut.Ketika menaiki ke dorm Laila,mereka menghidu bau yang amat busuk sekali.Dengan pelbagai persoalan mereka  dengan pantas menuju ke dorm tersebut.Warden asrama bertanya kepada Mimi yang mana satu loker kepunyaan Laila.

Mimi menunjukkan dan memberi kunci loker Laila kepada warden asrama kerana Laila telah memberikan kunci loker kepadanya pada hari terakhir sesi persekolahan.Mereka terkejut melihat mayat Laila yang berlumuran darah berserta bau yang amat meloyakan.Laila telah membunuh diri di dalam lokernya dengan mengerat perut,dan kedua-dua belah tangannya.Laila membunuh diri kerana hamil dan bimbang teman lelakinya tidak mahu bertanggung jawab dengan kehamilannya.Laila juga bimbang jika kehamilannya diketahui oleh keluarganya.Oleh itu dia membunuh diri di dalam loker asrama pada hari terakhir sesi persekolahan.

Mengikut cerita ,Laila telah dimandikan ,dikapankan dan disembayangkan di asrama sekolah M.Semenjak kejadian itu,dorm yang pernah di duduki Laila tidak pernah digunakan lagi.Tingkat 2 Blok 1 asrama sekolah M hanya akan didiami jika semua dorm dipenuhi pelajar dan tiada dorm yang kosong kecuali dorm Laila yang berada pertama dari tangga sebelum dorm-dorm yang lain. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...